Dengan Kemurah-hatian Tuhan

 

Mesej berikut merupakan “Mesej daripada Rebbe,” Dipetik penuh (seperti yang dicetak)

daripada Lubavitch International, Vol. 2, No.1 (Summer ’90), p. 3.

 Kini kita mendapati diri sendiri berada di satu titik pusingan dalam sejarah dunia. Perubahan telah menyapu dunia ini dalam bentuk pelesapan penindasan, lalu memberi jalan kepada satu iklim peningkatan kesedaran moral. Oleh sebab itu, sekarang ialah masa yang sesuai untuk memikir tentang kedinamikan perubahan-perubahan ini dan pada masa yang sama, mengambil pengajaran daripadanya untuk membawa perubahan ini kepada tahap tertinggi. Dalam menerangkan tujuan Penciptaan, orang-orang alim mengatakan bahawa Tuhan, Punca kebaikan, mencipta dunia ini sebagai satu keinginan untuk berbuat baik. Seperti yang dikatakan dalam Kitab Zabur (Psalms) bab 145, “Tuhan adalah baik kepada semua, dan Belas Kasihan-Nya berada pada semua ciptaan-Nya.” Penciptaan alam semesta adalah pernyataan Ketuhanan tentang kebaikan, seperti seseorang yang bersifat baik akan berbuat baik kepada orang lain. Dengan cara ini, alam semesta dan semua kehidupan adalah penerima-penerima dan objek-objek kebaikan daripada Tuhan.

Justeru, semua perkara yang berlaku di dunia ini, walaupun kelihatan buruk, seperti bencana alam dan sebagainya, mempunyai kebaikan tersembunyi. Begitu juga dengan keinginan negatif dalam manusia, yang secara semulajadinya berkeinginan berbuat baik, merupakan “mekanisme” yang direka oleh Tuhan untuk melaksanakan pilihan bebas. Jika Tuhan mencipta dunia yang baik keseluruhannya, dan usaha manusia tidak diperlukan untuk mencapai kebaikan, maka penghargaan untuk kebaikan adalah sangat sedikit atau langsung tiada. Justeru, adalah penting untuk mengetahui, dalam penentangan kejahatan seseorang individu, secara keduniaan, atau dalam diri sendiri; pendekatan yang digunakan tidak harus berteraskan konfrontasi. Seseorang itu harus menegaskan kebaikan dalam manusia dan dalam dunia, serta hanya dengan membawa perkara yang positif ke depan, kejahatan akan dapat diatasi dan beransur-ansur hilang.

Walaupun Tuhan mencipta dunia ini dengan memberi pilihan bebas kepada manusia, namun begitu, Dia telah memberi kita alat-alatan dan panduan yang diperlukan untuk menggalakkan kita memilih yang baik: sebuah kod daripada Tuhan, undang-undang yang lebih awal daripada semua undang-undang ciptaan manusia, dan hanya satu undang-undang yang sentiasa berkaitan dan boleh diaplikasikan dalam semua tamadun untuk mewujudkan masyarakat yang bermoral. Undang-undang ini dikenali sebagai Tujuh Rukun Noah, menubuhkan definisi objektif tentang “kebaikan” – undang-undang yang berkuatkuasa kepada semua orang. Oleh sebab sejarah telah membuktikan moral yang berasaskan idea “kebaikan” manusia, adalah relatif dan subjektif serta tidak semestinya menyakinkan. Tambahan pula, seperti yang diketahui jelas oleh pendidik-pendidik dan agen-agen penguatkuasa undang-undang, ugutan atau hukuman adalah tidak berkesan dalam menyemai tanggungjawab moral yang mendalam. Hal ini hanya dapat disemai melalui pengetahuan – melalui pendidikan, bahawa terdapat satu “Mata yang melihat dan satu Telinga yang mendengar” pada Siapa kita semua bertanggungjawab.

Kod Noah tentang Tujuh Rukun Asas Ketuhanan diberi kepada Noah dan keturunannya selepas banjir besar. Rukun-rukun ini akan memastikan Noah dan keturunannya, pengasas baru keturunan manusia, tidak akan merosot akhlaknya lagi. Rukun-rukun ini, yang mengarahkan penubuhan mahkamah keadilan dan larangan penyembahan berhala, penghinaan Tuhan, pembunuhan, zina sebaka, rompakan, dan memakan anggota badan seekor haiwan hidup (kekejaman terhadap binatang), adalah asas kepada semua moral. Dan semua ini berkembang, dengan undang-undang yang diambil daripada rukun ini, kepada semua aspek kelakuan moral manusia.

Satu tugas tertentu adalah untuk mendidik dan menggalakkan pengamalan Tujuh Rukun di kalangan manusia sejagat. Toleransi agama kini, dan haluan terhadap kebebasan yang lebih memberi kita peluang unik untuk mengembangkan pengamalan Rukun ini. Oleh sebab pematuhan terhadap Undang-undang ini merupakan satu pernyataan Ketuhanan tentang kebaikan, manusia sejagat bersatu dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap Pencipta kita. Penyatuan ini menggalakkan keamanan dan hubungan harmoni di kalangan manusia dan akan membawa kepada kebaikan terulung. Seperti yang dikatakan oleh penulis kitab Zabur: “Betapa bagus dan menyenangkan untuk adik-beradik duduk bersama sehati sejiwa.”



E-mel

Access our Guestbook ········· View Selections from our Guestbook

Home page: www.asknoah.org

Translation and banner design by http://mayura97.tripod.com

© '05 Ask Noah International